Minggu, 31 Januari 2016

Inilah Punca Jerawat


Punca Jerawat pada dasarnya penting untuk anda ketahui supaya dapat mencegah munculnya jerawat. Jerawat (acne vulgaris) adalah masalah pada kulit yang paling sering dialami oleh remaja tetapi kadang orang dewasa juga masih boleh mengalami jerawat. Setalah sebelumnya Anda tahu apa itu jerawat, kini Anda juga harus tahu apa saja punca jerawat.

punca jerawat


Jerawat biasanya muncul di muka, seperti dahi, hidung, pipi, dagu. Namun juga terkadang jerawat juga muncul di leher dan juga punggung. Itulah kenapa jerawat menjadi masalah paling besar kerana sangat mengganggu dan menyebabkan kehilangan percaya diri.

Oke, teruslah membaca artikel Punca Jerawat ini agar anda boleh tahu jawapannya. Dengan mengetahui punca-punca munculnya jerawat anda dapat mencegah dan menjangka kemunculan jerawat yang tidak anda inginkan.

Sebab-sebab Munculnya Jerawat

Berikut beberapa perkara yang menyebabkan munculnya jerawat pada wajah.

1. Pengeluaran Minyak Berlebih
Faktor dari dalam tubuh juga berpengaruh sehingga menjadi pencetus munculnya jerawat, selain itu kurang menjaga kebersihan. Jerawat akan muncul saat keadaan kulit yang tidak normal akibat gangguan kelenjar minyak berlebih (Sebaceus gland) yang menyebabkan penyumbatan pada saluran folikel liang-liang dan rambut di kulit.

Jadi jika kulit anda berminyak, rajinlan membersihkan kulit anda dengan Sabun Pembersih yang baik dan tidak mengurangkan kelembapan kulit. Kurangkan makan makanan yang berminyak.

2. Bakteria
Salah satu punca Jerawat lain adalah bakteria (P Acne). Bakteria akan berdiam pada kulit dan biasanya membiak didalam kelenjar sebaceos sehingga mengalami penyumbatan dan pada akhirnya akan menimbulkan iritasi di kawasan sekitarnya.

Ketika berlaku proses pembengkakan, kelenjar tersebut akan pecah dan menyebabkan keradangan pada kulit dan sekitarnya dan juga menyebabkan rasa sakit pada wajah yang disebut dengan jerawat batu. Ketika sembuh akan menyebab parut jerawat.

3. Sel-sel Kulit
Sel-sel kulit mati yang tidak terbuang akan bercampur dengan sabun yang disebabkan kelebihan kelenjar minyak yang berasal dari pengeluaran hormon androgen. Campuran sel kulit mati dan sabun akan menebal dan menimbulkan bintik hitam dan putih pada wajah. Dan ini tidak hanya terjadi pada wajah, tetapi juga boleh menyerang punggung, lengan atas, dada bahkan kulit kepala.

Punca Jerawat Membandel

1. Faktor Hormon
Faktor hormon biasanya menjadi punca paling besar munculnya jerawat, apatah lagi ketika menginjak usia remaja. Mula dari usia 10-15 tahun, biasanya muncul jerawat yang akan menghilang pada saat usia mencapai 25 tahun. Tapi, orang dewasa juga masih mengalami muncul jerawat, bahkan hingga usia 50 sampai dengan 50 tahun. Kaum wanita mempunyai peratusan lebih banyak terdedah kepada jerawat, terutama semasa 2-7 hari sebelum mengalami haid.

2. Kurang Memperhatikan Kebersihan Rambut
Tahukah anda bahawa rambut juga menjadi salah satu penyebab munculnya jerawat. Bagaimana boleh? Boleh! Rambut yang kurang dijaga kebersihannya terutama jarang keramas, akan menghasilkan minyak yang berlebihan yang akan mengalir kewajah. Apalagi yang mempunyai rambut panjang. Minyak yang mengenai muka akan bercampur dengan debu dan kotoran serta bakteria yang akan menyumbat pori-pori kulit dan akan menyebabkan jerawat.

3. Seringnya Mengambil Minuman Bersoda
Minuman bersoda boleh mencetuskan timbulnya jerawat. Jadi elakkan minuman berkarbonat. Soda mampu menurunkan PH kulit yang akan menyebabkan jerawat yang sukar diubati. Kandungan Aspartame iaitu salah satu zat yang boleh meyebabkan timbulnya banyak jerawat.

4. Adanya Friksi atau Tekanan pada Kulit
Salah satu penyebab jerawat lain adalah adanya tekanan pada kulit, misalnya topi, topi keledar, baju, telefon bimbit dan berbagai macam benda lain yang tidak kita sedari menjadi pencetus jerawat. Benda tadi juga terdedah pada bakteria yang melekat, dan berpindah ke kulit kita. Akibatnya jerawat mudah muncul.

5. Alergi Makanan dan Minuman
Adanya alergi pada makanan dan minuman, sering menjadi penyebab jerawat yang susah dihilangkan. Beberapa contoh makanan yang boleh menyebabkan alergi antara lain makanan laut (sea food), susu, dan lain sebagainya. Selain itu elakkan mkanan yang terlalu banyak vitamin A, atau makanan yang sedikit kandungan vitamin E dan juga makanan yang terlalu banyak mengandungi karbohidrat.

Penyebab Umum yang mencetuskan Jerawat
• Faktor Keturunan
• Bakteria yang menjangkiti liang-liang Kulit
• Hormon testosteron jika terjadi pada Lelaki
• Menggaru wajah yang menimbulkan iritasi kulit
• penyumbatan pori-pori wajah kerana sel Kulit mati
• Anabolic Steroid
• Faktor Usia
• Pola Hidup tidak sihat dengan pengambilan alkohol dan rokok
• Kurang vitamin B dan vitamin A
• Memegang dan menumbuk Jerawat
• Terlalu sering kena UV secara langsung
• Tidak menjaga kebersihan muka
• Rambut Kotor
• Stress kerana beban fikiran
• Kelenjar minyak berlebih pada wajah
• Penurunan hormon pada Wanita
• Kerana darah kotor
• Pencemaran udara yang Kotor
• Terlalu banyak makan Coklat
• Alahan pada Kosmetik
• Kurangnya minum air Putih

Demikian faktor penyebab jerawat yang muncul pada wajah, dada, leher, lengan dan belakang. Dengan mengetahui punca-punca jerawat maka akan memudahkan kita untuk mencegah dan meng ubati jerawat dan menghilangkan jerawat. Semoga bermanfaat.

Sabtu, 30 Januari 2016

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Semulajadi


Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Semulajadi

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Semulajadi merupakan artikel dari rangkaian Petua Hilangkan Jerawat untuk anda. Jerawat adalah merupakan masalah paling besar yang sering menghinggapi mereka yang mempunyai kulit berminyak, baik itu yang masih remaja mahupun orang dewasa. Iya, jerawat sangat mengganggu penampilan, bagaimana tidak wajah yang tadinya cantik atau tampan perlu berubah drastik hanya gara-gara tumbuh jerawat di muka, sangat menyebalkan tentunya.

petua hilangkan jerawat dengan cepat


Untuk itulah kali ini saya akan berkongsi cara hilangkan jerawat dengan cepat secara semulajadidan berkesan. Sebenarnya banyak cara nak hilangkan jerawat, itu bergantung jenis jerawat yang dialami, setiap jenis jerawat berbeza pula macam mana nak hilangkan jerawat. Selain itu, dalam merawat jerawat kita tidak boleh asal mengubati jika tidak ingin jerawat anda semakin parah. Beza jenis jerawat maka berbeza pula cara menghilangkan jerawat.

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat dengan bahan semulajadi merupakan artikel dari rangkaian Petua Hilangkan Jerawat untuk anda. Jerawat adalah merupakan masalah paling besar yang sering menghinggapi mereka yang mempunyai kulit berminyak, baik itu yang masih remaja mahupun orang dewasa. Iya, jerawat sangat mengganggu penampilan, bagaimana tidak wajah yang tadinya cantik atau tampan perlu berubah drastik hanya gara-gara tumbuh jerawat di muka, sangat menyebalkan tentunya.

Untuk itulah kali ini saya akan berkongsi cara hilangkan jerawat dengan cepat secara semulajadi dan berkesan. Sebenarnya banyak cara nak hilangkan jerawat, itu bergantung jenis jerawat yang dialami, setiap jenis jerawat berbeza pula macam mana nak hilangkan jerawat. Selain itu, dalam merawat jerawat kita tidak boleh asal mengubati jika tidak ingin jerawat anda semakin parah. Beza jenis jerawat maka berbeza pula cara menghilangkan jerawat.

Anda harus tahu pula pantang pantang larang yang perlu anda patuhi. Jangan sampai jerawat anda semakin teruk dan akan meninggalkan bekas jerawat berupa flek hitam atau bahkan parut jerawat. Jadi jangan memicit jerawat menggunakan kuku anda, jika anda tetap melakukannya siap sedia muka anda menjadi jelek hehe.

Banyak petua hilangkan jerawat yang boleh kita lakukan, terutama cara meghilangkan jerawat pada muka dan punggung. Untuk merawat jerawat anda boleh membeli ubat hilangkan jerawat di farmasi, atau dengan membeli produk hilangkan jerawat. Selain itu anda boleh juga menggunakan ubat jerawat dari bahan alami, atau pergi ka doktor.

Namun saya tidak menyarankan petua hilangkan jerawat dengan menggunakan produk hilangkan jeragat yang mengandungi bahan kimia. Kerana ubat kimia sangat berisiko tinggi. Jadi lebih baik anda pergi ka doktor untuk lakukan perundingan supaya lebih cepat sembuh. Tapi saya bagi cara lain yang lebih berkesan dan murah iaitu dengan cara menggunakan bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat anda. Cara ini sudah sering digunakan turuntemurun oleh nenek moyang kita dalam membuang jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat dengan cepat dan semulajadi

Berikut sila baca beberapa cara hilangkan jerawat yang susah hilang unuk anda cuba dirumah :

1.   Menggunakan Ais Batu
Ais batu berperanan untuk meningkatkan peredaran darah pada kawasan sekitar jerawat sekaligus membantu mengecilkan liang-liang pada kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat, menghilangkan kotoran pada kulit dan menghilangkan minyak berlebihan yang menumpuh pada kulit.

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Ais Batu

  • Siapkan ais batu secukupnya
  • Bungkus menggunakan kain yang bersih
  • Tempelkan pada kawasan wajah yang berjerawat secara merata
  • Tahan selama beberapa minit dan lepaskan ketika sudah tak boleh menahan rasa dinginnya
  • Ulangi lagi terus proses tersebut selama berkali-kali sekitar 10-20 kali
  • Lakukan cara ini dengan rutin hingga jerawat benar-benar sembuh

2.   Menggunakan Madu
Madu memang mmeiliki banyak khasiat dan faedah bagi kesihatan tubuh yang tak dapat diragukan lagi. Madu juga mengandungi antibiotik yang sangat tinggi. Madu dapat mencegah jangkitan merebak yang mengakibatkan meradangnya jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Madu
  • Siapkan madu asli (bukan madu pengeluaran kilang)
  • Oleskan pada jerawat menggunakan kapas
  • Diamkan sekitar 25-35 minit
  • Bersihkan wajah menggunakan air bersih selepas itu
  • Lakukan rutin sehingga mendapatkan hasil yang maksimum
3.   Menggunakan Buah Lemon
Salah satu buah yang mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi ialah limau. Lemon sangat baik jika digunakan untuk merawat jerawat, lemon boleh mengecilkan jerawat dengan cepat. Tetapi yang perlu diingat ialah pergunakan lemon yang masih segar dan cara ini mungkin tidak sesuai untuk kulit yang sensitif.

Cara Menyembuhkan Jerawat Menggunakan Lemon
  • Sediakan 1-2 buah limau segar
  • Peras limau dan taruh airnya pada wadah
  • Basuhkan air limau pada wajah yang berjerawat menggunakan kapas
  • Lakukan ini secara rutin saat malam menjelang tidur
4.   Menggunakan Buah Limau Nipis
Limau nipis umumnya dipakai oleh ibu rumah tangga untuk keperluam memasak dan mencuci pinggan-pinggan kotor. Selain itu limau nipis juga banyak sekali dijadikan sebagai ubat kerana banyak mengandungi Vitamin C. Limau nipis boleh dijadikan ubat untuk menghilangkan jerawat yang cukup berkesan.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Limau Nipis
  • Sediakan 1 buah jeruk nipis
  • Peras airnya dan turun sekitar 1-2 sudu makan
  • Campur dengan madu 1-2 sudu makan
  • Oleskan pada jerawat menggunakan kapas
  • Biarkan selama 10-20 minit
  • Bilas dengan air suam sehingga bersih
  • Lakukan dengan rutin hingga jerawat sembuh
5.   Menggunakan Buah Tomato
Tomato merupakan buah yang juga kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan vitamin yang tinggi tersebut membuat buah tomato sangat baik untuk dijadikan obat alami untuk menghilangkan jerawat.

Cara Merawat Jerawat Menggunakan Buah Tomat
  • Sediakan 1 buah tomato yang matang (kemerahan)
  • Potong buah tomato menjadi kepingan nipis-nipis
  • Tutup kawasan jerawat dengan hirisan tomato tersebut
  • Diamkan sekitar 10-15 minit
  • Lakukan dengan rutin
6.   Menggunakan Bawang Puti
Bawang puti yang biasa digunakan sebagai bumbu dapur ini merupakan antikulat, antiseptik, antioksida dan antivirus yang sangat bermanfaat sekali untuk wajah berjerawat. Bawang putih juga mengandungi sulfur yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bawang Putih
  • Ambil bawang putih dan potong 1 ulas bawang putih menjadi 2 bahagian
  • Gosok-gosokkan bawang putih yang telah dipotong ke jerawat dan biarkan selama 5-10 minit
  • Cucilah wajah menggunakan air bersih
  • Lakukan ini secara rutin sehingga mendapatkan hasil yang maksimum
Demikian Petua Hilangkan Jerawat yang Cepat dan berkesan pada kawasan wajah anda. Semoga dengan cara ini wajah anda boleh kembali berseri dan bebas dari jerawat. Memang dengan cara tersebut tidak akan menyembuhkan jerawat dengan segera namun butuh proses. Akan tetapi jika dilakukan dengan rutin akan membuahkan hasil yang maksimum dan tentu saja tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah anda

Jumat, 29 Januari 2016

Apa Jerawat itu?


Apa sih Jerawat itu? Jerawat adalah suatu keadaan di mana liang kulit tersumbat sehingga menimbulkan kantung nanah yang meradang. Jerawat adalah penyakit kulit yang cukup besar jumlah penderitanya. Kligmann, seorang penyelidik masalah jerawat ternama di dunia berpendapat, "Tak ada satu orang pun di dunia yang melewati masa hidupnya tanpa sebuah jerawat di kulitnya." Kemungkinan penyebabnya adalah perubahan hormonal yang merangsang kelenjar minyak di kulit. Perubahan hormon lain yang boleh menjadi pencetus timbulnya jerawat adalah masa haid, kehamilan, penggunaan pil KB, dan stres.(wikipedia)

tips hilangkan jerawat


Orang-orang  menganggap bahawa jerawat itu adalah berupa ketulan-ketulan kecil kemerahan hanya muncul pada muka. Namun sebenarnya jerawat boleh muncul di berbagai tempat seperti dada, punggung dan kulit kepala. Selain daripada itu jerawat ternyata mempunyai jenis yang beraneka macam tidak itu-itu saja walaupun  mirip.

Sekecil apapun jerawat walaupun tidak menyakitkan memang sangat mengganggu bagi sebahagian orang kerana selain mengurangkan kecantikan bagi wanita juga boleh membuat kita kurang percaya diri. Dan berikut kita akan membincangkan lebih lanjut apa itu jerawat, selain untuk menambah pengetahuan juga sangat penting supaya kita boleh tahu Petua menghilangkan jerawat dengan benar dengan langkah-langkah ataupun cara cara menghilangkan jerawat yang tepat serta berkesan.

Seperti apa yang telah saya cakapkan diatas, jerawat itu mempunyai jenis-jenis jerawat yang mana harus kita ketahui supaya kita tahu cara nak hilangkan jerawat yang kita punyai. Sila baca sahaja macam macam jenis jerawat.

Jenis jenis Jerawat untuk Anda ketahui


1. Jerawat Radang
Apabila kantung folikel yang terdapat pada dermis terisi oleh lemak padat, maka akan mengakibatkan dermis mengembung. Kemudian akan pecah sehingga darah putih akan menyerang daerah folikel sabasea sehingga terjadilah keradangan pada kulit. Jerawat radang ini akan terasa sakit dan mempunyai saiz yang cukup besar lebih besar daripada komedo yang didalamnya terdapat cecair nanah. Apabila kita berusaha memecahkan turun menggunakan tangan atau alat yang tidak bersih maka akan terjadi keradangan yang lebih teruk disebabkan kuman dari luar masuk dan menjangkiti.

2. Komedo
Mendengar kata komedo pasti tidak asing bagi anda, dan komedo ini juga termasuk salah satu jenis jerawat. Namun komedo tidak sakit seperti jerawat radang hal ini kerana komedo merupakan jerawat yang hanya menyumbat liang-liang pada kulit dan tidak dijangkiti oleh kuman dan bakteria.

Komedo sendiri terdiri daripada 2 jenis:
Komedo Terbuka (White hide comedo) yang mempunyai ciri-ciri diriya yang tersumbat mempunyai warna putih pucat.
Komedo Tertutup (Black head Comedo) yang mempunyai ciri-ciri diriya yang tersumbat mempunyai warna kehitam-hitaman.

3. Jerawat Konglobata
Jerawat jenis konglobata ini adalah kumpulan dari jerawat-jerawat terkadang berupa bisul-bisul. Mulanya jerawat seperti ini diawali munculnya 1 jerawat kemudian bertambah dan terus bertambah sehingga berkumpulan dan menjadi satu yang kemudian melebar dan bernanah. Hal ini terjadi kerana kita memencet jerawat menggunakan sesuatu yang tidak bersih seperti kuku atau alat-alat lain, sehingga kuman dan bakteria merebak dan membuat jerawat semakin teruk. Dan meski jerawat ini boleh diubati namun kesannya sukar untuk dihilangkan.

Macam macam Jerawat yang dikenali Masyarakat

1. Jerawat Pasir
Jerawat pasir adalah sekumpulan jerawat-jerawat kecil yang banyak sehingga kelihatan seperi pasir. Jerawat ini tidak sakit

2. Jerawat Batu
Jerawat batu sebetulnya mirip dengan jerawat radang, namun mempunyai saiz yang lebih besar dan terasa menyakitkan kerana berlaku keradangan yang hebat. Jika terus dibiarkan tanpa segera dirawat maka setelah jerawat ini sembuh akan meninggalkan bekas luka seperti lembangan pada wajah yang tak boleh diubati.

Jenis lainya :

1. Jerawat Juvenil
Jerawat juvenil adalah jerawat yang terjadi kerana perubahan hormon dimasa remaja yang mengalami akil baligh atau antara umur 14 hingga 20 tahunan. Hormon tersebut tidak stabil kerana menghasilkan sebum.

2. Jerawat Rosacea
Berbeza dengan jerawat juvenil, jerawat yang satu ini muncul pada wanita usia 30 hingga 50 tahun. Jerawat ini berlaku akibat keradangan kemudian akan menimbulkan lipatan pada hidung yang seolah-olah terliah bersisik. Apabila terkena jerawat ini maka untuk mengatasinya adalah dengan pergi ke doktor kulit.

3. Jerawat Nitrosica
Jerawat yang satu ini merupakan jerawat yang cukup berbahaya kerana jika salah melakukan rawatan boleh menimbulkan lubang pada wajah dan boleh merosakkan wajah. Jika anda terkena jerawat ini maka penyelesaiannya adalah anda perlu pergi ke doktor kulit. Jenis jerawat ini adalah tahap akhir dari jerawat.

4. Jerawat Vulgaris
Jerawat vulgaris ini sebenarnya adalah nama lain dari komedo. Komedo ini adalah salah satu jenis jerawat yang cukup mudah untuk diubati. Umumnya boleh diubati dengan melakukan penyejatan di bahagian muka yang terkena jerawat.

Demikianlah info apa itu jerawat, semuga kita semakin kenali jenis jerawat dan macam macam jerawat yang ada, supaya kita faham cara hilangkan jerawat yang ada.